• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Terhidu Asap Kebakaran

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut dipercayai akibat terhidu asap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Sungai Perling 4, Taman Perling, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata mangsa itu dikenali sebagai Selamah Suleiman, 54.

Menurut siasatan awal, kebakaran dilakukan mangsa pada kira-kira 9.45 pagi bermula pada timbunan sampah yang kemudian dipercayai menyambar tilam lama yang terletak di belakang rumah, yang seterusnya merebak ke bahagian dapur.

Mohd Taib berkata ketika kejadian, anak lelaki mangsa, Asyraf Fahmi, 14, bersama seorang anak saudara lelaki turut berada di rumah.

“Menurut saksi (anak saudara mangsa), dia terjaga dari tidur sebab terhidu bau asap dan dapati keadaan bilik dipenuhi dengan asap. Saksi terus keluar dari bilik dan menerpa ke dapur serta mendapati asap tebal dan pandangan mata kabur,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Kemudian, anak saudara mangsa terdengar bunyi letupan dari arah belakang rumah dan bergegas ke dapur rumah serta mendapati mangsa terbaring di ruang dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mereka cuba untuk memadamkan api yang sedang marak di bahagian dapur,” tambah Mohd Taib.

Beliau berkata saksi turut menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan dan berjaya membawa mangsa keluar dari ruang dapur dengan bantuan jiran.

Menurut Mohd Taib, sejam kemudian bomba tiba dan berjaya memadamkan kebakaran.

Pada masa yang sama, ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) turut tiba dan pihak hospital mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan kita membuka kertas siasatan di bawah kematian mengejut,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranmaut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Anwar Ke Parlimen Tak Ikat Tempoh Dr M Sebagai PM

Next Post

Vincent Tan Nafi Labur US$250 Juta Dalam Projek ‘The Formula’

Related Posts

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Next Post

Vincent Tan Nafi Labur US$250 Juta Dalam Projek 'The Formula'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd