Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

250 Anggota PKR Parlimen...

TUARAN — Sebanyak 250 anggota PKR di kawasan Parlimen Tuaran termasuk 10 Ketua...

Keputusan Kabinet Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat...

Pengerusi 1MDB Tan Sri...

KUALA LUMPUR - Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin...

Pasaran Getah Menyusut Minggu...

KUALA LUMPUR - Pasaran Getah Malaysia dijangka menyusut pada minggu depan berikutan aktiviti...

Wanita Kerugian RM5,000, Beg Sandang Dalam Kereta Disamun

BUTTERWORTH – Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya yang ditinggalkan di dalam kenderaan disamun seorang lelaki yang memecahkan cermin kenderaan itu dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Sungai Puyu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 7.35 malam itu, wanita berusia 46 tahun tersebut pergi ke kedai runcit berkenaan untuk membeli barang sebelum mendapati seorang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaannya.

“Semasa kejadian, wanita itu meletakkan kereta jenis Audi Q7 di bahu jalan hadapan kedai runcit tersebut dan lelaki berkenaan telah mengambil beg sandang mangsa yang diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan penumpang.

“Mangsa bertindak mengejar lelaki itu, namun suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal bernombor pendaftaran BPL 723 ke arah Maklom,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang dipercayai warga tempatan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

“Kejadian itu berjaya dirakam sebuah kamera yang terdapat di dalam sebuah jentera bomba milik Pasukan Bomba Sukarela Sungai Puyu yang berada tidak jauh dari lokasi insiden tersebut. Kejadian itu turut tular di media sosial,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu agar menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya menahan 15 individu kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya aktiviti perjudian haram, curi kenderaan dan dadah dalam Operasi Khas Cegah/Banteras Jenayah di daerah itu.

Katanya operasi yang disertai 85 pegawai dan anggota polis itu bermula 11 malam Sabtu dan tamat 4 petang semalam, bertujuan mencegah jenayah, mengesan penjenayah dan meningkatkan kehadiran polis di kawasan ‘hot spot’.

“Dalam operasi itu, polis membuat pemeriksaan terhadap 138 orang dan 81 kenderaan serta melakukan 24 serbuan. Hasilnya 15 individu berusia 25 hingga 42 tahun ditahan, ” katanya. – BERNAMA

Kategori