• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipaksa Terus Lacur Diri Kerana Anak Jadi Tebusan

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Sindiket pemerdagangan manusia di Mexico sering menjadikan kanak-kanak yang dijual kepada industri seks sebagai tebusan bagi memaksa ibu mereka terus berkhidmat sebagai pelacur.

Kanak-kanak dari keluarga miskin termasuk ibu mereka menjadi sasaran sindiket berkenaan yang ada kalanya anggotanya menyamar sebagai teman lelaki termasuk mengahwini wanita terbabit hinggalah mereka mendapat zuriat.

Wanita yang menjadi mangsa dipaksa menjadi pelacur. Mereka juga diugut atau anak mereka diancam jika mangsa gagal memberi perkhidmatan ‘secukupnya’ mengikut kuota diberikan, tidak menghormati peraturan atau cuba melarikan diri, kata aktivis dan pakar isu pemerdagangan manusia.

“Satu cara untuk sindiket itu di Mexico memaksa mangsa mereka mengikut perintah ialah dengan menghamilkan mereka dan memisahkan anak mangsa daripada jagaan mereka,” kata Rosi Orozco, ketua Suruhanjaya Bersatu Menentang Pemerdagangan Manusia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

“Mangsa kemudian kerap diancam tidak akan dapat bertemu anak mereka lagi selagi tidak mengikut perintah,” kata Orozco yang juga bekas anggota Kongres yang mengetuai proses merangka undang-undang anti pemerdagangan manusia Mexico pada 2012.

Sejak lima tahun lalu, kira-kira 400 mangsa pemerdagangan seks menjadi mangsa skim ini, kata Teresa Ulloa, Pengarah Rantau Amerika Latin bagi gerakan Pakatan Menentang Pemerdagangan Wanita.

Mangsa biasanya wanita atau remaja perempuan berusia 15 hingga 25 tahun yang miskin di seluruh Mexico, kata Ulloa.

Sejak satu dekad lalu, pihak berkuasa persekutuan menyiasat 169 kes pemerdagangan manusia di negeri Puebla dan Tlaxcala termasuk kes wanita dipaksa menjadi pelacur, menurut perangkaan rasmi.

Bagaimanapun, mangsa biasanya tidak akan memberi keterangan ke atas pihak yang bertanggungjawab kecuali pihak berkuasa menyelamatkan anak mereka terlebih dulu, kata Ulloa.

Wanita ditawarkan janji manis bekerja sebagai penari atau model di bandar utama Mexico dan Amerika Syarikat sebelum dipaksa menjadi pelacur tepi jalan atau rumah pelacuran.

Malah, ada negeri tertentu seperti Puebla dan Tlaxcala di mana pemerdagangan seks adalah perniagaan keluarga dan kanak-kanak mangsa menjadi hak milik kumpulan penjenayah, kata Ulloa. – Reuters

Tags: Pelacurpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd