Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

Nazri Pertahankan Logo Visit...

PUTRAJAYA - Biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan logo 'Visit Malaysia...

Pos Malaysia Perkenal Identiti...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang...

Bawa Bekas Sendiri Ke...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan Kempen Bawa Bekas Ke...

Volkswagen Umum Harga Lebih Rendah Selepas SST

KUALA LUMPUR – Harga bagi semua model Volkswagen, kecuali untuk model diimport sepenuhnya (CBU) akan lebih rendah berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept 2018.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd (VPCM) berkata, harga baharu kereta Volkswagen bukan CBU kini lebih rendah daripada enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Erik Winter berkata, sejajar dengan inisiatif kerajaan, SST membolehkan kumpulan itu lebih berdaya saing dari segi harganya. “Dengan struktur cukai baru, pengurangan harga Volkswagen berkisar antara 1.5 peratus (untuk Tiguan Comfortline) kepada 2.6 peratus (untuk Vento Highline) berbanding struktur GST sebelumnya.

“Kami percaya harga baharu serta Skim Perlindungan Harga (PPS) baru-baru ini menjadikan Volkswagen menjadi lebih menarik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

PPS akan menyebabkan VPCM menyerap apa-apa perbezaan harga antara harga GST bernilai sifar dan harga baru SST untuk semua model yang didaftarkan menjelang 15 Nov 2018 dan sementara stok masih ada.


Bagi perkhidmatan selepas jualan, Winter berkata, harga ditentukan oleh kadar cukai perkhidmatan dan pelanggan boleh memuat turun panduan harga perkhidmatan yang disemak semula di laman web Volkswagen. – BERNAMA

Kategori