Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Pembangkang Bergolak, BN Siap...

HURA-HARA yang berlaku dalam pakatan pembangkang memberi kesempatan kepada Barisan Nasional (BN) untuk...

Azizulhasni Jadi Harapan Raih...

KUALA LUMPUR - Jaguh keirin dunia , Azizulhasni Awang diletakkan harapan tinggi untuk...

Rakyat Malaysia Dipelawa Mohon...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mempelawa rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai wakil...

Aliff Syukri Tergamak Hayun...

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai kritikan netizen susulan cara...

Vincent Tan Nafi Labur US$250 Juta Dalam Projek ‘The Formula’

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menafikan yang beliau telah melabur AS$250 juta dalam projek yang dikenali sebagai “The Formula”.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada artikel media dalam talian yang bertajuk “Vincent Tan membalas jasa orang ramai dengan projek terbarunya”, iaitu “The Formula”, platform perdagangan saham yang dikatakan yang menggunakan algoritma yang membolehkankan dagangan dilaksanakan melaluinya untuk melabur dalam pasaran saham dengan ketepatan 80 peratus.

“Saya ingin menafikan yang saya telah membuat pelaburan dalam projek ini atau saya terlibat dengannya.

“Tidak ada kebenaran dalam laporan ini yang saya percaya telah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan berkata, ini bukan kali pertama namanya digunakan tanpa pengetahuan atau kebenarannya bagi tujuan memberi kredibiliti kepada penipuan pelaburan dalam talian.


“Saya telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan janji-janji untuk kaya cepat agar tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori