• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘UMNO Telah Hilang Kompas Moral Dan Nilainya’

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk berubah mengikut tuntutan zaman yang semakin mendesak merupakan antara tiga punca utama kejatuhan parti itu, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya struktur, budaya, dasar dan pemikiran politik UMNO dan BN berlandaskan citra kurun ke-20, sedangkan Malaysia jauh berada dalam kurun ke-21.

“Tetapi yang sangat mendukacitakan ialah UMNO tewas kerana ia telah kehilangan kepercayaan orang Melayu. Kepada sesetengah orang Melayu, UMNO telah ‘hilang kompas moral dan nilainya’,” katanya dalam ucapan perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2018) malam ini.

PAU 2018 akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Turut hadir ketua-ketua pergerakan sayap, Datuk Noraini Ahmad (Wanita), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Pemuda) dan Datuk Zahida Zarik Khan (Puteri) serta para perwakilan.

Mohamad berkata punca lain kegagalan UMNO adalah disebabkan modenisasi Malaysia yang telah melahirkan generasi Melayu yang tidak lagi mempunyai nilai dan hubungan sentimental dengan UMNO.

Selain itu, dampak globalisasi yang dipacu oleh kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan generasi baharu Malaysia iaitu generasi yang bukan sekadar mengangguk dan mengiyakan semua perkara atau ‘comfirmist’.

Justeru beliau mengingatkan anggota UMNO untuk bangkit semula dengan nilai, moral serta ideologi tuntas, serta melupakan nafsu untuk meraih kuasa.

“UMNO mesti kembali ke landasan lahiriahnya, kembali kepada ideologinya untuk membuah dan menciptakan kebaikan kepada bangsa Melayu,” katanya.

Menurutnya, UMNO juga perlu diposisikan semula dengan arus perubahan lokal, nasional dan global dengan mempunyai pelan dan strategi sebagai parti yang moden.

Mohamad juga mencadangkan ketiga-tiga pergerakan sayap untuk menggubal Pelan UMNO 2030 yang mengandungi hala tuju serta transformasi parti sebagai sebuah gerakan kebangkitan bangsa Melayu, selain strategi khusus untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-15. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPAU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd