Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Projek PIP Bakal Jadi...

ALMATY, Kazakhstan - Kedudukan Perlis di tengah kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan...

Lelaki Hisap Ganja Depan...

NASHVILLE - Seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat selamba menghisap ganja ketika perbicaraan...

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi...

BUTTERWORTH - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan yang ditunggangnya...

AirAsia Mula Penerbangan Ipoh-Singapura...

IPOH - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan dari Ipoh-Singapura-Ipoh...

Ulama Tersohor Meninggal Dunia

SEREMBAN – Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, di sini, hari ini.

Anak saudaranya, Mohd Tariq Mohd Kamal berkata, ulama tersohor itu meninggal dunia jam 5.30 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Columbia di Oakland, di sini jam 4 petang.

Katanya, Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha, dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru berfungsi pagi semalam.

“Allahyarham dibenarkan keluar hospital sebelum dibawa ke rumah ibunya, Allahyarhamah Esah Abdul Wahab di Kampung Pondok Rasah, namun kami mendapat berita sedih apabila beliau disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam ini.

Mohd Tariq berkata, bapa saudaranya mengidap sakit tua sejak setahun lalu dan jenazah akan disembahyangkan pada jam 12 tengahari, esok.


“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said selepas Zohor,” katanya.

Menurut Mohd Tariq, Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • ulama

Kategori