• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugut Potong & Bakar Kemaluan, 2 Guru Tahfiz Ditahan

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan seorang kanak-kanak lelaki membawa padah apabila dia dan seorang lagi guru lelaki ditahan polis malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata kedua-duanya yang berusia 43 dan 42 tahun serta dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ tersebut ditahan 10 malam semalam di Kampung Selamat di sini, selepas polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan.

Pengadu yang berusia 25 tahun itu hanya menyedari anaknya diperlakukan sedemikian selepas menonton satu klip video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp petang semalam, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd Noor, klip video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan guru tersebut menarik kemaluan anak pengadu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api.

Malah, dua lagi klip video masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki tersebut kerana didakwa mencuri makanan.

“Bapa mangsa telah dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang kawan mangsa dan tidak mencuci selepas buang air besar,” katanya.

Mohd Noor berkata pengadu yang berang dan kesal dengan tindakan kedua-dua guru tahfiz berkenaan bertindak membuat laporan polis.

Katanya difahamkan mangsa sebelum itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin namun telah dihantar ke sekolah tahfiz berkenaan oleh bapanya setelah didapati kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran.

“Mangsa yang mengadu sakit di bahagian punggung telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan pemeriksaan dan kes kini disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelajar TahfizustazUstazah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Pekerja Kencing Di Longkang, Restoran Mamak Kotor Diarah Tutup Kali Ketiga

Ustaz Didakwa Cabul 3 Murid Ketika Sesi Pembelajaran Di Kelas

02/02/2024
0

Tawau: Seorang ustaz sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd