• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Saman Trafik: 3 Polis Bersama Orang Awam Direman 5 Hari

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga anggota polis bersama seorang orang awam yang bertindak sebagai ‘runner’ direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung menerima wang suapan untuk menutup saman-saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keempat-empat lelaki yang berusia dari 29 hingga 33 tahun itu.

Tiga anggota polis itu masing-masing berpangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a)(b) Akta SPRM.

Sumber SPRM memberitahu, tangkapan terhadap kesemua suspek dibuat di rumah masing-masing, di sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur dan dilakukan SPRM Pulau Pinang sambil dibantu SPRM Selangor.

“Kegiatan rasuah ini dilakukan oleh suspek hampir enam tahun sejak 2012 dan setiap anggota polis mampu memperoleh secara puratanya sebanyak RM300 sehari.

“Orang awam yang bertindak sebagai ‘runner’ akan mencari pemilik-pemilik kenderaan yang ingin berurusan dengan suspek-suspek terlibat bagi menutup saman lalu lintas mereka,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: anggota polissaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd