• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Saman: 2 Lagi Anggota Polis Trafik Direman 6 hari

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini membenarkan dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam rasuah bagi menutup saman-saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

Tahanan reman terhadap dua anggota polis berpangkat Sub Inspektor dan Sarjan ini dibuat selepas semalam tiga lagi anggota polis berpangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal direman berhubung kes yang sama.

Majistret Shazali Hidayat Shariff membenarkan tahanan reman terhadap kedua-dua individu itu yang masing-masing berusia 51 dan 38 tahun itu kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penangkapan kedua-dua anggota polis itu dilakukan selepas hadir di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 12.30 tengahari dan 9 malam.

“Tangkapan ini dilakukan oleh SPRM Pulau Pinang dengan dibantu oleh SPRM Selangor dan merupakan susulan tangkapan tiga anggota polis semalam yang kita percayai kesemua mereka mempunyai rantaian rasuah yang sama.

“Kita percaya anggota polis berpangkat Sub Inspektor yang bertugas di IPK Selangor itu merupakan dalang kes ini,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sumber turut memberitahu, kegiatan yang dilakukan hampir enam tahun sejak 2012 dengan memperoleh suapan antara RM300 hingga RM500.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Semalam Utusan melaporkan tiga anggota polis traik masing-masing berpangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung menerima wang suapan bagi menutup saman-saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan. –UTUSAN ONLINE

Tags: anggota polissaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd