• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M ‘Bersama’ Pembangkang Kalau Anwar Bertanding?

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BLOK pembangkang melahirkan keyakinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan ‘bersama’ mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen yang bakal ditandingi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, perkara itu dianggap tidak mustahil berikutan kemelut politik dalaman yang sedang berlaku dalam parti berkenaan sendiri.

“Kemungkinan Mahathir (Perdana Menteri) juga akan menyebelahi kita (pembangkang).

“Yang pasti tidak akan ada pertembungan tiga penjuru pada PRK itu kali ini,” katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Meraikan Petugas PRK Seri Setia di Pejabat Perhubungan PAS negeri di Shah Alam, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan calon PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Sallehin juga menempelak beberapa kepemimpinan PKR yang dilihat rapat dan setia dengan Anwar, namun enggan mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi laluan kepada Anwar.

Antara yang dimaksudkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, perbalahan dalaman PKR juga jelas sudah tidak dapat disembunyikan.

“Lebih baik yang paling setia letak jawatan (bagi laluan kepada Anwar)

“Jika Azmin rasa dia paling setia, kenapa tidak letak jawatan bagi Anwar.

“Tak perlu berteka-teki. Azizah pun kenapa tidak mahu letak jawatan?” katanya yang turut yakin PKR akan berdepan PRK dalam keadaan tertekan selain sabotaj dalaman parti.

Anwar dijangka kembali ke Parlimen bulan depan bergandingan dengan isterinya, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan, dan anaknya iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah. – BH Online

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd