• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr Mahathir Lawat Thailand Hujung Bulan Depan

oleh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Thailand pada hujung bulan hadapan, demikian diumumkan rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha hari ini.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada dua jiran itu untuk membincangkan selanjutnya isu-isu berkaitan rundingan damai Thai selatan, ketika Kuala Lumpur menjadi fasilitatornya.

“Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa rundingan (damai) ini masih diteruskan. Perdana Menteri baharu Malaysia juga mahukan misi Malaysia selaku fasilitator mencapai kejayaan sebanyak mungkin,” kata Prayut kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Rumah Kerajaan di sini.

Dr Mahathir katanya, pada mulanya dijadual melawat Thailand awal Oktober tetapi terpaksa menjadualkan semula lawatan itu berikutan jadual kerjanya yang padat.

Prayut turut ditanya sama ada kerajaannya akan menukar anggota delegasi ke rundingan damai itu sejajar dengan pelantikan fasilitator baharu oleh kerajaan Malaysia.

Prayut berkata kerajaannya sedang mempertimbang soal melantik fasilitator baharu.

Malaysia di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) melantik bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu menggantikan Datuk Ahmad Zamzamin Hashim.

Ahmad Zamzamin dilantik ke jawatan itu di bawah kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN).

Dengan Malaysia sebagai fasilitator, delegasi dari kerajaan Thai dan MARA Patani (Majlis Syura Pattani), yang mewakili beberapa kumpulan di wilayah itu telah mengadakan rundingan beberapa kali di Kuala Lumpur.

Pertikaian bersenjata di selatan Thai sejak 2004 telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa, menurut organisasi bukan kerajaan Deep South Watch (DSW) yang memantau pertikaian itu. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd