• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpuan PKR Memastikan Kemenangan Di PD Milik PH

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG JAYA – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa keputusan parti untuk mengosongkan kerusi Port Dickson tidak sepatutnya dipanjangkan lagi dan sebaliknya tumpuan parti sekarang adalah memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan (PH).

Beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata perkara itu kini sudah menjadi “akademik” dan tidak perlu dibincang panjang lagi.

“Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson itu kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan dengan anggota dan pemimpin PKR dari Wilayah Utara di sini malam tadi.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas ditanyakan pandangannya terhadap keputusan pengosongan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, yang didakwa hanya dibuat oleh beberapa individu dalam parti sahaja.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, semalam mengumumkan mengosong kerusi yang disandangnya untuk ditandingi Anwar dalam usaha PH agar beliau boleh masuk dalam Parlimen.

Bagaimanapun bagi mengulas mengenai dakwaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengenai keputusan Danyal mengosongkan kerusi untuk Anwar hanya dibincang oleh kelompok tertentu, Mohamed Azmin berkata pandangan beberapa pemimpin itu adalah pandangan serius dan harus diberi perhatian.

“Saya percaya perkara ini boleh kita selesai dalam muafakat parti supaya tidak berlaku, terlepas pandang seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin, yang juga calon Timbalan Presiden, pada pemilihan PKR kali ini, turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar PKR dalam tempoh masa terdekat.

“Nama pun khabar angin, macam mana lah saya nak respon dengan khabar angin ini…jangan terpengaruh dengan cerita seperti ini.

“Saya antara pemimpin yang telah bersama-sama dengan rakyat untuk membawa perubahan, tak kan setelah dah menang, dah berubah saya nak tinggal perjuangan ini. Ini satu tohmahan yang tidak berasas,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya anggota parti kini sudah cukup matang untuk melihat siapa yang telah diuji dan teruji dalam pemilihan parti kali ini. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majoriti Umat Islam Mula Bantah PH?

Next Post

“Moga Allah Izinkan Cinta Kita Hingga Ke Syurga”

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

“Moga Allah Izinkan Cinta Kita Hingga Ke Syurga”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd