• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpuan Pembangunan Bersifat Mesra Rakyat

oleh
02/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan akan memberikan keutamaan kepada pembangunan bersifat mesra rakyat dengan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat bermula dari masyarakat setempat di sebuah qaryah sehingga ke peringkat negara, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata usaha yang digerakkan oleh kerajaan tidak akan lengkap dan berkesan sekiranya tidak ada inisiatif daripada masyarakat setempat.

“Justeru, program transformasi Qaryah adalah suatu inisiatif yang cocok dengan keperluan untuk membawa perubahan yang diidami rakyat dan kerajaan.

“Transformasi Qaryah yang menyediakan wadah lokal sebagai medan perubahan di peringkat mikro akan membantu kerajaan untuk merealisasikan perubahan di peringkat makro,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Tiga Tahun Transformasi Qaryah Malaysia dan 10 Modul Transformasi Qaryah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di sini, malam ini.Turut hadir Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Modul itu antara lain memberi fokus terhadap beberapa aspek pembinaan masyarakat merangkumi bidang sosial, ekonomi, perhubungan antara kaum, pendidikan, pengurusan sumber, pembinaan generasi muda dan kepimpinan bagi memastikan setiap qaryah boleh memanfaatkan setiap modul ke dalam taqwim aktiviti masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata modul yang disediakan MAPIM merealisasikan suatu pembinaan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya saing dalam melaksanakan tanggungjawab membangun Khaira Ummah iaitu umat terbaik.

“Modul-modul ini sangat membantu penggerak masyarakat untuk memulakan proses perubahan di mana ia boleh memberi panduan kepada pemimpin masyarakat untuk memulakan inisiatif perubahan di peringkat lokal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan perubahan demi perubahan semata-mata untuk kelihatan berbeza daripada kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Kita tidak mahu seperti medan pertandingan untuk memperlihatkan siapa yang jaguh dan mendapat gelaran juara, akan tetapi sumbangannya hampa, tidak dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat jelata.

Ia adalah transformasi palsu yang tidak membawa apa-apa erti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azmi, dalam sidang media sebelum majlis itu, berkata pihaknya bercadang melatih seramai 5,000 penggerak masyarakat di peringkat qaryah sebagai sebahagian daripada program Transformasi Qaryah MAPIM.

Katanya, semua penggerak masyarakat akan diberi orientasi dan latihan untuk melaksanakan 10 modul yang dirangka MAPIM yang meliputi gerakan pembangunan masyarakat. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd