Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

5 Suspek Terlibat Penipuan...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan seorang lagi lelaki tempatan kerana...

Kumar Aaman Mogok Lapar...

SATU mogok lapar telah diadakan di perkarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)...

Telenor, Axiata Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Cadangan penggabungan operasi Axiata Group Bhd. (Axiata) dan Telenor ASA...

11 Maut, 1,943 Kemalangan...

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan...

TPM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Presiden Vietnam

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili kerajaan Malaysia, akan berangkat ke Vietnam hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Vietnam Tran Dai Quang.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata upacara itu akan diadakan di National Funeral Hall, Hanoi.

Upacara pengebumian berkenaan akan berlangsung esok pada 3.30 petang di tanah perkuburan Kim Son di wilayah Ninh Bin, tempat kelahiran Presiden Quang.

Wisma Putra berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, dalam ucapan takziah mereka, menyatakan kesedihan terhadap kematian Presiden Quang dan merakamkan penghormatan kepada sumbangan Presiden dalam meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya akan menandatangani buku takziah di Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur hari ini.


Presiden Quang, 61, meninggal dunia pada 21 Sept lepas. – BERNAMA

Kategori