• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tourism Pahang Sasar Peningkatan Pelacong Singapura

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tourism Pahang menyasarkan kedatangan pelancong Singapura ke negeri itu meningkat 10 peratus tahun ini berbanding 1.2 juta yang direkodkan tahun lalu.

Pengurus Kanan Penggalakan dan Promosi Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim berkata sasaran itu bersandarkan kedudukan dolar Singapura yang lebih tinggi berbanding ringgit sekarang, membolehkan lebih ramai rakyat Singapura menikmati percutian di Pahang.

“Pelancong dari Singapura merupakan antara penyumbang terbesar pelancong asing di negeri ini pada tahun lalu dan pada tahun ini kita menjangkakan jumlahnya meningkat kepada 1.32 juta orang,” katanya kepada Bernama di sini.

Kamaruddin berkata keindahan alam semula jadi Pahang dengan pantai yang bersih dan hutan serta tanah tinggi yang kaya dengan kepelbagaian fauna dan flora seperti Cameron Highlands dan Genting Higlands antara tarikan utama pelancong dari negara jiran tersebut.

Katanya bagi meningkatkan kecekapan sektor pelancongan negeri, promosi dijalankan mengikut koridor.

“Koridor pertama, kita mempromosikan pulau dan pantai, koridor kedua dipanggil koridor tengah yang mempromosikan kembara dan alam semula jadi.

“Koridor ketiga pula adalah koridor tanah tinggi dan koridor keempat juga dikenali sebagai ‘plus one’ ini merupakan laluan kereta api yang melalui kawasan-kawasan pedalaman di negeri ini seperti Lipis dan Mentakab,” katanya.

Sementara itu, dalam usaha memastikan sektor pelancongan Pahang terus berkembang, Tourism Pahang turut bekerjasama dengan negeri jajaran pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan serta Johor dengan menawarkan perkongsian pakej pelancongan.

“Produk yang ada di negeri Pahang juga ditawarkan di negeri lain, jadi perkongsian dari segi pakej yang dijalankan oleh pemain industri dapat membantu negeri terlibat dan meningkatkan jumlah pelancong yang datang,” katanya.  – BERNAMA

Tags: Pelancong SingapuraTourism Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd