Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Abu Mendiang Bernard Then...

KUALA LUMPUR - Abu mayat mendiang Bernard Then Ted Fen, jurutera Malaysia yang...

DBKL Kaji Kesesuaian Proses...

KUALA LUMPUR - Kesesuaian penggunaan dron bagi proses nyah cemar di ibu negara...

CEP Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa...

Enam Poliklinik Buat Veteran...

JITRA – Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan...

Tiga Pemuda Didakwa Curi Paip Bernilai RM50,000

MELAKA – Tiga pemuda masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencuri paip bernilai RM50,000 pada Isnin lepas.

Tertuduh B.Vimalan, 32 dan dua adik-beradik, SS. Mogan, 34 serta SS. Murugan, 26 didakwa bersama mencuri 220 paip HDPE (PN10) milik TP Jaya Sollution di Kawasan Perindustrian Balakong, Selangor.

Kesalahan itu dikesan apabila ketiga-tiganya ditahan di tepi Jalan MITC, berhampiran Taman Tasik Utama Ayer keroh, pada 4.00 hingga 8.00 pagi, 3 Sept lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.


Majistret Analia Kamaruddin kemudianya menawarkan tertuduh jaminan RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula dan lantikan peguam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori