• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Boleh Lewat Seminit Kendali Metro Mekah

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kelewatan walaupun seminit dalam mengendalikan operasi syarikat pengangkutan rel Arab Saudi, Metro Mekah pada musim haji boleh menyebabkan perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah tergendala.

Menceritakan pengalaman itu, ketua kumpulan petugas Malaysia, Sanusi Haron berkata, mereka tidak boleh leka ketika bertugas kerana tindakan berkenaan boleh menyebabkan ibadah mabit di Muzdalifah terjejas.

Katanya, sehubungan itu, mereka perlu menyelesaikan pergerakan 370,000 jemaah haji dalam tempoh lima jam tanpa sebarang masalah.

“Dalam tempoh itu, kami perlu membawa para jemaah mengikut jadual ditetapkan oleh pihak Metro Mekah.

“Jika lewat, ia boleh menjejaskan pergerakkan jemaah haji sekali gus berkemungkinan menyebabkan waktu ketibaan mereka di destinasi seterusnya akan lambat,” ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurut Sanusi lagi, mereka hendaklah mengawasi pergerakkan keluar masuk jemaah haji sepanjang 24 jam.

“Alhamdulillah sepanjang empat musim haji diberi tanggungjawab ini, saya tidak pernah berhadapan masalah kelewatan rel di Tanah Suci,” katanya.

Beliau merupakan antara 33 kakitangan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) yang diberi tanggungjawab membantu operasi Metro Mekah pada musim haji baru-baru ini.

Kepulangan mereka ke tanah air disambut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd. Noor. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mekahpengangkutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Maut Kereta Langgar Pembahagi Jalan

Next Post

Pembuat Pau Didakwa Tumbuk Muka Doktor Hingga Cedera

Related Posts

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

16/02/2023
0

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman...

Jemaah M’sia Mula Tiba Di Makkah

09/06/2022
0

Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, pada hari ini. Ikuti...

Next Post

Pembuat Pau Didakwa Tumbuk Muka Doktor Hingga Cedera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd