• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuat Pau Didakwa Tumbuk Muka Doktor Hingga Cedera

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pembuat pau didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tuduhan menumbuk muka seorang doktor sehingga cedera parah, dua hari lepas.

Syed Azhar Muhammed Ali, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Doktor S.Muruga Prakash, yang bekerja di sebuah hospital kerajaan, pada 8 pagi, 5 Sept lepas.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kaki lima bangunan Hatta Square, Jalan Mewah 1/3, Pandan Mewah, di sini mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li menawarkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Oktober untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: doktortumbuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd