• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada SST Ke Atas Sate Di Kedai Makan

oleh
01/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan dikenakan ke atas sate yang dijual di kedai makan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata SST yang dikenakan ke atas makanan popular rakyat Malaysia itu adalah di peringkat pemprosesan untuk tujuan pembungkusan dan jualan.

“Ini adalah satu penjualan (peringkat pemprosesan) yang dikenakan SST, bukan dekat kedai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat SST di sebuah hotel di sini, hari ini.

Lim berkata demikian semasa ditanya sama ada satay ayam atau daging yang dijual di kedai akan turut dikenakan SST memandangkan ia disenaraikan sebagai antara barangan dikenakan cukai tersebut di bawah ‘preparation of meat’.

Selain itu, Lim mengulangi saranan agar peniaga serta serta premis perniagaan yang belum mengemas kini sistem mereka untuk melaksanakan SST dapat berbuat demikian dengan segera.

Katanya kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak boleh melaksanakan SST, malah perlu membayar cukai kepada kerajaan dengan menggunakan wang sendiri.

Saranan sama turut disuarakan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T. Subromaniam yang berkata lawatan mesra pihaknya mendapati masih terdapat penyedia perkhidmatan belum mengemas kini sistem mereka.

“Kita nasihatkan mereka untuk buat ‘updating‘ sistem berkenaan supaya cukai perkhidmatan enam peratus boleh dikenakan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para peniaga yang mempunyai masalah termasuk daripada sudut teknikal agar dapat menghubungi pihak kastam untuk bantuan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngsataySST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd