• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tiada Sebab Saya Keluar UMNO’ – Hishammuddin

oleh
19/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

“Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.

Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam lepas, dua Anggota Parlimen daripada UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) telah mengumumkan meninggal parti tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd