• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penumpang penerbangan boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan mungkin juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), mulai suku kedua tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kelonggaran itu berikutan pemasangan mesin pengimbas x-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Jadi tiada lagi ‘raba-raba’ menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamatan lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tubuh penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk pelepasan kru di klia2, di lapangan terbang itu di sini hari ini.

Loke berkata kebanyakan orang tidak berasa selesa apabila pemeriksaan dilakukan ke atas tubuh mereka, bagaimanapun, prosedur itu merupakan protokol keselamatan.

“Walaupun seorang menteri, apabila saya melalui mana-mana pintu masuk di sini (di lapangan terbang), saya juga perlu melalui pemeriksaan tubuh. Jadi, akan ada mesin dan kemudahan baharu yang ditempatkan untuk menambah baik perkhidmatan di lapangan terbang,” katanya lagi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata mesin pengimbas x-ray penumpang yang baharu itu disasarkan untuk dipasang pada suku kedua tahun depan.

“Pada masa ini tumpuan adalah KLIA dan MAHB turut menimbangkan untuk menempatkan mesin serupa di klia2. Bagaimanapun, MAHB masih mengkaji butiran serta jumlah mesin yang akan dipasang, dan pengumuman lanjut akan dibuat kemudian,” katanya.

Mengenai pusat pemproses untuk pelepasan kru, Loke berkata kru semua syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2 hanya akan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke pintu pelepasan dan mereka boleh memintas bangunan terminal apabila pusat pelepasan kru penerbangan siap menjelang 2019. Pusat berkenaan akan dibina oleh MAHB.

Pusat pelepasan berharga RM2.7 juta itu akan dilengkapi tiga kaunter imigresen serta sebuah kaunter kastam dan dikendalikan oleh petugas tambahan daripada agensi berkaitan di samping pegawai keselamatan penerbangan daripada MAHB.

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata, setakat Ogos 2018, KLIA merekodkan 40 juta penumpang bagi kedua-dua terminal, dengan klia2 merekodkan 21.3 juta penumpang, peningkatan sebanyak 7.8 peratus bagi tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: KLIApemeriksaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd