• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Diskaun Saman Awas

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi pengecualian atau diskaun akan diberikan kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang melibatkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, pihaknya telah pun memberi amaran kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak lagi memberikan pengurangan kompaun bernilai RM300 atas apa-apa kesalahan di bawah Awas.

Malah, beliau berkata, langkah tersebut juga melibatkan kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri dengan hanya kenderaan rasmi diraja, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sahaja diberikan pengecualian.

“Saya ingin tegaskan sebagai kerajaan kita bukannya mahu menghukum tetapi langkah yang dilakukan ini hanyalah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna.

“Apa yang mendukacitakan dalam tempoh dua minggu iaitu sejak 17 hingga 31 Ogos apabila saya mengumumkan pembatalan saman Awas, ramai pemandu tidak bertanggungjawab dilihat cuba mencabar undang-undang dengan purata 15,000 kenderaan ditangkap memandu melebihi had laju berbanding 5,000 kenderaan setiap hari.

“Jadi, apabila kita lebih tegas selepas ini, janganlah pula ada yang bising mengatakan Menteri Pengangkutan ini kejam sebab bila dah bagi pengecualian nampaknya jumlah pemandu tidak bertanggungjawab bertambah,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Kawalan Awas di Kelana Jaya dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: diskaunsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Nafi Cabul Murid

Next Post

Mahu Perkukuh Kerusi Pembangkang

Related Posts

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

Mahu Perkukuh Kerusi Pembangkang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd