Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Pemandu Maut Kereta...

DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3,...

Tips Memilih Cincin Buat...

AKTIVITI pada bulan November dan Disember setiap tahun kebiasaannya akan padat dan penuh...

Budak Pandu Trak Hantar...

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) menyelinap masuk ke...

Hujan Ribut Melanda Perlis...

KANGAR - Selepas mengalami musim kemarau sejak awal tahun ini, Perlis dilanda ribut...

Tiada Kes Baharu Keracunan Arak Di Perak

IPOH – Tiada kes baharu keracunan arak dilaporkan berlaku di Perak setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan.

Beliau berkata sehingga kini kes keracunan arak di negeri itu kekal lima orang melibatkan warga tempatan dengan dua daripadanya membabitkan kematian manakala tiga lagi masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

“Tiga mangsa yang masih mendapat rawatan lanjut di HRPB termasuk dua mangsa yang kritikal telah menunjukkan tanda semakin pulih.

“Hasil pemeriksaan di semua 14 hospital di negeri ini mendapati tiada mana-mana pesakit mengalami simptom keracunan metanol datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan satu perkembangan yang baik di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Public Health Awareness Campaign 2018 – Quality Use of Medicine yang dianjurkan oleh Quest International University Perak(QIUP), di sini hari ini.

Pada sidang media semalam, Sivanesan berkata dua lelaki warga tempatan dari Bandar Baru Putra, Bercham disahkan meninggal dunia akibat keracunan arak masing-masing pada Isnin dan Selasa lepas.

Mangsa yang berumur 50 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke HRPB pada Isnin, manakala seorang lagi yang berusia 39 tahun maut di Hospital KPJ pada awal pagi Selasa selepas minum arak berjenama ‘King Fisher Beer’ dan ‘Grand Royal Whisky’.


Dalam pada itu, Sivanesan meminta syarikat pengeluar minuman keras berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai kandungan metanol yang terdapat dalam minuman beralkohol daripada jenama tersebut.

“Kandungan metanol kebiasaannya hanya terdapat dalam minuman beralkohol seperti ‘liquor’ (kandungan alkohol lebih tinggi) dan bukannya bir kerana pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan negeri dan pihak hospital mendapati terdapat metanol dalam kandungan ‘King Fisher Beer’.

“Syarikat terbabit perlu tampil memberi penjelasan sama ada bir dikeluarkan dicemari dengan metanol atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Kategori