• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Panggil Tun Daim Berhubung Panggilan Jho Low

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi polis memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) Tun Daim Zainuddin yang mendedahkan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low menghubunginya bagi membincangkan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana perkara berkenaan bukanlah sebahagian daripada siasatan polis.

“Sekarang ini kami masih lagi mengumpul bukti (1MDB) untuk menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

“Bagi saya tiada keperluan memanggil beliau (Tun Daim) untuk diambil sebarang keterangan kerana ia bukan dalam siasatan polis,” katanya dalam sidang akhbar majlis penutup seminar jawatankuasa antarabangsa Palang Merah di sini, hari ini.

Selain itu, Noor Rashid berkata pihaknya telah mengemukakan notis merah kepada pihak Interpol bagi mengesan Jho Low.

“Siasatan kes 1MDB masih diteruskan seperti biasa,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkembangan kes itu.

Pada 6 Sept lepas, Daim mendedahkan Jho Low ada menghubunginya beberapa kali bagi berhubung isu 1MDB.

Selain itu, Jho Low juga ada menghubunginya ketika bekas Menteri Kewangan itu menggesa ahli perniagaan berkenaan pulang ke Malaysia jika dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Jho Low pernah menawarkan diri untuk membantu dalam kes 1MDB ketika kunjungan Daim ke China pada Jun lalu, namun beliau enggan melayan permintaan ahli perniagaan kontroversi itu. – BERNAMA

Tags: Jho LowTan Sri Noor Rashid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd