• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tariq Ramadan Mohon Ikat Jamin, Bersemuka Penuduh

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan, berhadapan dengan salah seorang wanita yang menuduh beliau merogolnya di mahkamah Perancis hari ini ketika memohon ikat jamin selepas tujuh bulan ditahan susulan dakwaan yang disangkal keras itu.

Pengulas televisyen terkenal, Ramadan, juga profesor di Universiti Oxford sehingga terpaksa mengambil cuti apabila dakwaan rogol itu didedahkan pada kemuncak pergerakan ‘Me Too’ tahun lalu.

Cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin itu didakwa di Perancis Februari lalu dengan tuduhan merogol dua wanita di hotel pada 2009 dan 2012.

Pendakwa raya Switzerland juga membuka siasatan mengenai dakwaan beliau merogol seorang wanita lain di hotel di Geneva pada 2008, lapor media kelmarin.

Ramadan, 56, berulang kali memohon ikat jamin kerana berada dalam penjara menyukarkan beliau mendapatkan rawatan untuk penyakit sclerosis berulang yang dihidapinya.

Dalam video yang disiarkan di Facebook semalam, anak lelakinya, Sami berkata bapanya itu ‘sudah dianggap bersalah sejak awal’ dan kelihatan lemah ketika lawatan baru-baru ini.

“Beliau perlukan bantuan dan alat bantuan berjalan untuk bergerak,” katanya dalam video itu.

Namun hakim memutuskan Ramadan menerima penjagaan mencukupi dalam hospital penjara di Fresnes di selatan Paris.

Hari ini, beliau bersemuka dengan wanita kurang upaya yang menuduh Ramadan merogolnya di Lyon pada 2009.

Ramadan, suami dan bapa kepada empat anak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai kempen memalukan beliau, menyangkal sebarang dakwaan hubungan seksual dengan wanita dikenali sebagai Christelle. — AFP

Tags: kes rogolTariq Ramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd