Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bajet Pendidikan 2019 Fokus...

KLUANG – Bajet pendidikan bagi tahun hadapan dijangka ditumpukan bagi memperbaiki infrastruktur dan...

Hiba, Tangisan Selubungi Istana...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba...

ABIM P.Pinang Gesa Kerajaan...

PULAU PINANG - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri menggesa supaya undang-undang dan...

Polis Klasifikasi Kes Thaqif...

KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul...

Takut Sangat Kerajaan ‘Rule Of Law’ Pada Najib

KERAJAAN yang lantang melaungkan “rule of law” atau kedaulatan undang-undang nampaknya semakin mengabaikan janji itu.

Belum pun lama mereka mendapat kuasa dan menduduki Putrajaya, sudah banyak insiden yang menunjukkan rule of law hanyalah retorik sebelum mendapat kuasa.

Dulu selalu disebut yang keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi juga dilihat dilaksanakan.

Ini penting kerana inilah mesej yang sampai kepada orang awam, yang sebahagiannya telah mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana percayakan janji itu.

Sejak Mei lalu, sudah banyak kejadian yang menunjukkan kerajaan PH hanya berkepentingan kuasa dan tidak pedulikan rule of law apabila melibatkan kepentingan mereka.

Menteri kewangan Malaysia sekarang ini ialah bekas ketua menteri yang didakwa dalam satu kes korupsi, dan selepas dilantik, peguam beliau yang telah dilantik sebagai peguam negara menggugurkan kes terhadapnya dan beliau tidak boleh didakwa lagi atas kes itu.

Itulah faktanya walau macam mana pun isu itu dipusing oleh pakar-pakar propaganda fitnah PH.

Manakala isu paling utama bagi mereka, dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran sikap mereka yang berdendam dan mahu menjadikan isu yang dikatakan kleptokrasi Najib sebagai satu drama panjang.

Masih segar dalam ingatan bagaimana kediaman Najib diserbu pada malam sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan penyokong di Petaling Jaya.

Semua tahu yang serbuan itu tujuannya tidak lain mahu mengalih perhatian daripada himpunan pada malam Anwar baru dibebaskan itu.


Hari ini Najib dibawa lagi ke hulu hilir untuk menjadi bahan tumpuan media, untuk memalukan bekas perdana menteri ini dan mengukuhkan terus persepsi betapa besarnya kesalahan dan dosa kerajaan sebelum ini.

Kerajaan PH terus menjadikan alasan hutang kerajaan terdahulu sebagai alasan janji-janji mereka tidak dapat dipenuhi dan wang negara merosot.

Maka mereka perlu terus mempamerkan Najib sebagai simbol kesalahan itu, meneruskan persepsi lama dan mengingatkan rakyat yang ditipu supaya mereka tidak sedar penipuan PH.

PH semakin resah setiap kali Najib menulis dan menjawab fitnah di laman Facebook beliau, yang sentiasa mendapat tumpuan ramai.

Malah, boleh dikatakan mereka yang dulu bencikan Najib sekarang ini tertunggu-tunggu hantaran Najib di Facebook.

Ramai juga yang dulu bencikan Najib kerana percayakan propaganda PH sekarang ini telah berpindah ke kem Najib.

Mereka yang masih ingat zaman PM keempat tidak akan terkejut dengan apa yang berlaku ini, dan akan menjangkakan keadaan menjadi lebih buruk lagi. – Mynewshub.tv

Kategori