• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesedaran Nelayan Guna FSI Rendah

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Tahap kesedaran nelayan untuk menggunakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) bagi meningkatkan hasil tangkapan masih rendah, biarpun sistem tersebut disediakan secara percuma.

Pengarah Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), Raja Bidin Raja Hassan berkata sejak dilancarkan pada Januari 2011, hanya 1,200 nelayan berdaftar setakat ini di seluruh negara dan daripada jumlah itu 20 peratus sahaja yang menggunakannya.

Katanya penggunaan FSI itu dapat mengurangkan kos operasi khususnya dari segi penggunaan bahan api selain menjimatkan masa nelayan kerana mereka dapat terus ke lokasi tangkapan berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh FSI.

“Mereka hanya perlu mempunyai kemudahan Internet atau ke pejabat perikanan terdekat untuk mendapatkan maklumat tanpa perlu menggunakan kaedah lama iaitu berpandukan unjang” katanya dalam sidang media pada program lonjakan aplikasi sistem FSI Zon Pantai Barat 2018 yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari, di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah, di sini hari ini.

Menurutnya sesetengah nelayan masih menggunakan kaedah lama berpandukan unjang yang dipasang bagi menarik ikan berkumpul.

“Sebab itu kita mahu mereka menggunakan sistem yang kita bangunkan ini yang membantu mereka mencari lokasi tempat pengumpulan ikan yang lebih tepat.

“Penangkapan ikan secara tepat ini turut diamalkan di beberapa negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Portugal, Sepanyol dan juga India,” katanya.

Raja Bidin berkata sistem berkenaan juga dilihat sesuai untuk diluaskan penggunaannya kepada nelayan pesisir pantai dan pukat hanyut selain nelayan laut dalam bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha kementerian dan juga agensi dalam meningkatkan hasil tangkapan dan ekonomi nelayan terutama menerusi penambahbaikan dan kesinambungan sistem FSI.

“Sistem ini membantu nelayan meneroka sumber perikanan dengan bijak bagi memastikan sumber perikanan yang mampan untuk generasi akan datang dan terus menikmati hasil tangkapan bernilai tinggi secara berterusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: FSINelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd