• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suntikan Anti Rabies Fasa Tiga Sibu Bermula 19 Sept Ini

oleh
16/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan mengadakan suntikan vaksin anti rabies percuma fasa tiga mulai 19 Sept hingga 2 Nov ini bagi memastikan sasaran 10,000 ekor anjing diberi suntikan vaksin tercapai.

Jawatankuasa yang ditubuhkan awal tahun ini dan dipengerusikan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee itu telah menganjurkan pelbagai program untuk membendung penularan penyakit rabies ke bahagian ini.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata pemilik anjing di Daerah Kanowit, Bandar Baru Sibu Jaya, Bandar Sibu dan Daerah Selangau perlu memanfaat sepenuhnya peluang tersebut bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak rabies di Sarawak.

“Setakat ini sebanyak 7,481 daripada 10,000 ekor anjing yang disasarkan berjaya diberi suntikan vaksin.

“Orang ramai yang memelihara anjing mempunyai tanggungjawab menjaga anjing mereka sebaik mungkin dan memastikannya sentiasa berada dalam kawasan perkarangan rumah dan tidak dibiarkan berkeliaran di jalanan,” katanya semasa berucap pada pelancaran Kempen Kesedaran No To Rabies di Dataran Sibu Fasa 2 di sini malam tadi.

Sepanjang tempoh kempen itu sesi taklimat penerangan dan pameran penyakit rabies juga akan diadakan serta pengedaran pelekat kereta `No To Rabies’ mengandungi talian hotline Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Majlis Daerah Kanowit, kepada orang ramai.

Terdahulu, Ketua Seksyen Kesihatan Awam, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Cheong Yaw Liang berkata setakat ini Bahagian Sibu masih bebas daripada penularan penyakit rabies.

Katanya kementerian dan Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu bertungkus lumus menghalang penularan penyakit rabies ke bahagian ini menerusi operasi vaksinasi ke atas anjing, kawalan semula populasi anjing serta program kesedaran dan mengurangkan risiko penularan penyakit. – BERNAMA

Tags: Anti Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

50 Peratus Populasi Anjing Telah Disuntik Vaksin Anti Rabies

21/12/2018
0

KUCHING – Kira-kira 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing telah diberi suntikan vaksin anti rabies atau anjing gila dalam usaha...

1.3 Peratus Anjing Di Sarawak Di Suntik Vaksin Anti Rabies

19/12/2018
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 1.3 peratus daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti rabies, kata Timbalan Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd