• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbat Getah Paip Dalam Kemaluan, Mangsa Rogol Kritikal

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa rogol terbaharu di India dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut pihak berkuasa, getah paip turut dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa dan dia kini ditempakan di Hospital New Delhi.

Setelah menjalani beberapa jam pembedahan, gadis itu kini sedang direhatkan dan ditemani ibunya.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan, ujar timbalan polis New Delhi, Meghna Yadav.

Dalam pada itu, pengerusi Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal turut mengecam insiden berkenaan.

“Baru sahaja bertemu dengan mangsa yang dirogol secara ganas di Seemapuri. Lelaki itu bawa dia ke taman, masukkan getah paip ke dalam kemaluan dan merogolnya.

“Dia sangat kritikal, mengalami pendarahan dan telah dibedah, ibunya merupakan ibu tunggal dan mereka miskin,” tulis Swati di Twitter.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, Swati dalam satu temu bual bersama CNN memaklumkan mengambil serius mengenai insiden itu.

“Kami sedang bekerja untuk pelan pemulihan bagi mangsa. Ia sangat malang kerana kes rogol tidak berkurangan di Delhi,” katanya.

Tambah Swati lagi, dia tidak dapat membayangkan tahap kesakitan yang perlu dilalui mangsa pada usia itu.

Malah, beliau bertekad untuk memberi sokongan dari sudut perundangan agar si pelaku menerima pembalasan sewajarnya. – Edition.CNN/mStar Online

Tags: kanak-kanakkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd