• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Tetapkan Gaji Minimum – Mahathir

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran menentukan gaji minimum yang tinggi memandangkan sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan pada masa ini tidak mampu untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan memandangkan hutang yang ditanggung terlalu besar.

“Ada yang berpendapat RM1,800 adalah paling sesuai, ada pula yang kata RM1,500 gaji minimum paling sesuai.

“Tetapi kita juga harus ingat kita sedang bersaing dengan negara lain, kalau kos kita meningkat terlalu tinggi, kita akan hilang competitive edge (daya saing) kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Penetapan gaji minimum diumumkan kerajaan pada Rabu menyaksikan kenaikan RM50 di Semenanjung dan RM130 di Sabah dan Sarawak, berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Berkuat kuasa 1 Januari 2019, kadar gaji minimum adalah seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.

Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata kerajaan bercadang mengurangkan pegangan saham parti politik dan individu dalam syarikat media bagi mengelak media diperalat pihak tertentu.

“Di mana-mana kita dapati ada saja pihak yang ingin menguasai media untuk kepentingan diri mereka, sebab itu kita kurangkan pegangan (saham) ini, tetapi kita masih belum laksanakan lagi,” katanya.

Ketika ditanya perkembangan mengenai penyediaan Bajet 2019, Mahathir dalam nada berseloroh berkata: “Masih belum buat lagilah.”

Bajet 2019 dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 2 November depan. – BERNAMA

Tags: Gaji MinimumTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kastam Tumpas Penyeludupan Rokok & Minuman Keras

Next Post

Serena, Naomi Rentap Final Terbuka AS

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Next Post

Serena, Naomi Rentap Final Terbuka AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd