Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tun Sakaran Dandai Tokoh...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran...

Jho Low Pernah Cuba...

KUALA LUMPUR - Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek...

Karnival ‘Ganu Molek Doh’...

KUALA LUMPUR – Warga kota yang mahu menikmati pelbagai sajian tradisi dan membeli...

Momota Patah Tulang Hidung,...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, disahkan...

SPRM Tangguh Papar Senarai Harta Menteri

SENARAI perisytiharan harta anggota kabinet dan anggota Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober ini ditunda ke 15 Oktober.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penangguhan itu dibuat memandangkan semua anggota kabinet dan anggota Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.

“Sepatutnya 1 Oktober ini tapi kita tangguhkan dua minggu kepada 15 Oktober untuk semua anggota kabinet dan parlimen untuk isytiharkan harta mereka.

“Senarai harta ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pihak SPRM sebelum kita siarkan di Portal SPRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis deklarasi dan menandatangani ikrar bebas rasuah ketua-ketua jabatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu negara, hari ini.

Menurutnya, setakat ini perisytiharan harta tidak melibatkan anggota dewan undangan negeri (Adun) dan kepimpinan di peringkat negeri.

Beliau berkata proses mengisi borang pengisytiharan harta itu mudah dan tidak mengambil masa yang panjang kerana hanya perlu mengisi beberapa butiran seperti harta kediaman, kenderaan dan beberapa lagi nilai harta yang dimiliki.

“Saya harap dalam masa dua minggu ini, ia dapat dipercepatkan sebab borang itu adalah ringkas… kena la isytiharkan harta kerana sebelum ini dah janji dan janji itu perlulah dikotakan,” katanya.


Selepas 15 Oktober, katanya, semua nama anggota kabinet dan anggota parlimen yang telah mengisytiharkan harta mereka dalam portal SPRM akan disiarkan untuk tatapan umum.

“Kita merayulah… kalau tidak isytiharkan harta selepas tarikh itu, kita boleh tahu siapa yang tidak isytiharkan harta mereka, walaupun tidak ada sebarang tindakan undang-undang yang boleh dikenakan,” katanya.

Menurutnya, setakat hari ini, anggota kabinet dan parlimen yang mengisytiharkan harta mereka terlalu sedikit jumlahnya. – BERNAMA

Kategori