Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Ridzwan: Pisau Kehormat Lambang...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TIDAK ramai yang mengenali lelaki ini termasuk mereka yang...

Pilihan Raya Umum Ke-14...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal tiba tidak lama lagi,...

Mayat Naib Ketua Armada...

KOTA TINGGI - Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi...

Tengku Puan Pahang Sertai...

KUALA LUMPUR - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah antara...

SOP Baharu Tangani Isu Pembakaran Terbuka – Yeoh

KLANG – Satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dirangka dalam masa terdekat bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka secara holistik khususnya di kawasan tanah gambut seperti di Johan Setia di sini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeoh Bee Yin.

Beliau berkata SOP itu yang dijangka dirangka dalam masa sebulan akan memberi fokus kepada pelan tindakan mencegah kebakaran terbuka selain menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil agensi berkaitan sekiranya berlaku sesuatu kebakaran.

“Kita kena ada satu SOP sama yang boleh diguna pakai sekiranya berlakunya situasi (melibatkan aktiviti pembakaran terbuka) di seluruh negara.

“SOP ini perlu sebagai langkah mitigasi mengurangkan risiko kesan daripada aktiviti pembakaran terbuka khususnya di kawasan tanah gambut,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi town hall bersama penduduk sekitar kawasan Johan Setia mengenai isu pembakaran terbuka dan kejadian jerebu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Yeoh berkata aktiviti pembakaran terbuka menjadi masalah besar bagi penduduk Klang selama 10 tahun terutama yang menetap di kawasan Johan Setia yang dikenal pasti sebagai kawasan pertanian Revolusi Hijau dan kawasan tanah gambut.

Katanya pihaknya juga menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti pemilik tanah di Johan Setia yang terlibat dalam pembakaran terbuka dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Kerajaan Selangor bagi mengenal pasti mereka supaya tindakan konkrit boleh diambil.


Dalam pada itu, beliau berkata undang-undang berkaitan alam sekitar terutama melibatkan pembakaran terbuka akan dipinda bagi memastikan langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih proaktif.

Dalam perkembangan lain, Yeoh berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha kilang kitar semula plastik haram di negara ini yang memproses timbunan sisa pepejal yang diimport dari negara barat.

Katanya masalah ini masih berlaku meskipun kerajaan menghentikan pengimportan sisa plastik dari negara maju untuk dikitar semula di negara ini hampir sebulan lalu.

“Justeru, saya harap penduduk menjadi mata dan telinga dengan melaporkan kepada wakil rakyat ataupun ahli majlis kawasan masing-masing sekiranya ada pengusaha kilang kitar semula plastik haram di kawasan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori