• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Rakyat Mula Berubah – Hadi

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS menghormati keputusan dibuat rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata walaupun kemenangan memihak kepada calon PKR, Helimey Abu Bakar, keputusan itu memberi isyarat awal perubahan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS.

Beliau berkata, peratusan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab yang rendah adalah petanda undi protes kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun calon PAS, Dr Halimah Ali gagal memenangi kerusi DUN Seri Setia, tetapi kita bertekad untuk terus memperjuangkan nasib rakyat,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Pada PRK DUN Seri Setia semalam, PKR berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 4,027 undi selepas calonnya, Helimey, memperoleh 13,725 undi, manakala Halimah mendapat 9,698 undi.

Hanya 44.1 peratus atau 23,423 daripada 50,692 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS tetap menjadi pembangkang yang menasihat serta sedia bekerjasama dengan semua pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.

“PAS mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya termasuk daripada kalangan UMNO dan MIC serta pengamal media serta pasukan keselamatan kerana memberi sokongan dan kerjasama,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd