• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLWS Tarik Minat Pekerja Mahir Di Luar Negara Pulang

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) dilihat inisiatif terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara kembali berkhidmat di tanah air.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata keberkesanan sistem itu terbukti di mana setakat Ogos lalu, sebanyak 84,249 syarikat telah melaksanakan PLWS melibatkan 4.1 juta pekerja.

“Pencapaian tersebut amat memberangsangkan dan sasaran 87,000 syarikat akan melaksanakan sistem tersebut menjelang tahun 2020 dilihat mampu dicapai memandangkan kerajaan menetapkan sasaran 85,000 majikan menerima pakai pelaksanaan tersebut yang memberi manfaat kepada 3.9 juta pekerja menjelang 2020.

“Jadi, untuk menggalakkan mereka kembali menyumbang kepada ekonomi negara, sistem upah, produktiviti dan pelaburan yang lebih baik perlu dilaksanakan dan PLWS adalah platform terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Anugerah PLWS 2018-Piala Menteri Sumber Manusia di sini hari ini.

Katanya kerajaan serius dalam meningkatkan produktiviti negara dan membawa pulang rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi adalah penting.

Katanya terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

Jelasnya, Malaysia mempunyai tenaga mahir yang bukan saja mampu menyumbang kepada ekonomi negara malah dunia.

“Sudah tiba masanya untuk mereka kembali menyumbang kepada negara berdasarkan situasi menang-menang antara pekerja, majikan dan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan PLWS, Kula Segaran menjelaskan ia satu mekanisme menghubungkan produktiviti dengan prestasi dan ganjaran individu berlandaskan situasi ‘menang-menang’ antara majikan dan pekerja.

Dalam perkembangan lain, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam dan masih dalam proses mencari kata putus mengenai isu penghantaran balik pekerjanya yang telah tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen sah.

“Dalam pertemuan Selasa lalu (kelmarin), saya telah meminta beliau untuk mempertimbangkan syarat yang ditetapkan memandangkan polisi penghantaran tersebut turut diguna oleh negara lain seperti Korea Selatan.

“Lebih utama, ia melibatkan keselamatan negara. Jadi, kita mahu mencapai situasi menang-menang antara kedua negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: M KulasegaranPLWS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd