Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Pertingkat Perangi Keganasan ASEAN-Australia

SYDNEY – Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang berakhir pada Ahad telah mencadangkan...

Penggunaan Bot Pam Masih...

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai...

Lebih 400,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih 400,000 rakyat Malaysia menghidapi penyakit Hepatitis C ketika ini dan ia...

Hubungan Malaysia-Brunei Berada Pada...

PUTRAJAYA - Pemimpin Malaysia dan Brunei bersempena Perundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 Malaysia dan...

Sistem Baharu Bekal Air Bersih Ke Kelantan, Sabah & Sarawak

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengenal pasti sistem baharu bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di kawasan pedalaman di Kelantan, Sarawak dan Sabah dalam tempoh lima tahun.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata sistem itu akan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta dan kerajaan negeri untuk menguruskan sumber serta penyaluran air.

“Sumber air bersih di Kelantan, Sabah dan Sarawak berada pada tahap kritikal. Jadi, kita perlukan sistem mampan dan menjimatkan kos untuk mengatasi masalah ini.

“Penduduk Kelantan datang jumpa saya berhubung isu sumber air dan meminta kerajaan persekutuan sediakan air bersih kepada mereka. Mereka mahu membayar,” katanya selepas merasmikan Forum Pengurusan Air Malaysia ke-4, di sini hari ini.

Menurutnya setakat ini, 97 peratus penduduk di negara ini menerima bekalan air bersih terawat dengan bakinya adalah mereka yang mendiami kawasan terpencil di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Jayakumar berkata antara kaedah lain yang dikenal pasti ialah penuaian air hujan dan bekalan air dari bawah ta­nah.


Sementara itu, beliau berkata pendidikan dan kesedaran mengenai penjimatan dan penggunaan air dalam kalangan golongan pelajar perlu dipertingkatkan lagi.

“Kerajaan akan terus mendidik masyarakat dalam menggunakan air secara berhemah dan mengoptimumkan sumber air,” katanya. – BERNAMA

Kategori