Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Halau 23 Diplomat, Hubungan...

HUBUNGAN Britain dengan Rusia menjadi semakin buruk ekoran kes keracunan bekas perisik Rusia,...

Jet Pejuang AS Mula...

ANKARA - Jet pejuang AS pada Rabu mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran...

Rumah Paling Berhantu Britain...

LONDON - Rumah paling berhantu di Britain akan dijual lagi, selepas pemiliknya mengadu...

PRU15: Kimanis Kekal Milik...

KOTA KINABALU - Datuk Mohamad Alamin daripada BN mengekalkan kerusinya di Parlimen Kimanis...

SIS Desak PH Segera Haram Kahwin Bawah Umur

KUALA LUMPUR – Sisters In Islam (SIS) tidak berpuas hati kerana perkahwinan bawah umur masih berlaku di bawah `Malaysia Baharu’ yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, SIS dalam satu kenyataan media hari ini mendesak kerajaan PH segera mengenakan sekatan keatas perkahwinan bawah umur di negara ini

Tegas SIS, kerajaan PH tidak boleh berselindung disebalik alasan tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk segera menyelesaikan isu tersebut.

“Setiap jam mereka (kerajaan PH) terus memilih untuk memberi alasan demikian, lebih ramai gadis (bawah umur) terjebak dengan masalah yang mereka enggan perbaiki,” kata kenyataan itu hari ini.

SIS menyertakan berita sebuah media berbahasa Inggeris berhubung satu lagi kes perkahwinan membabitkan gadis berusia 15 tahun berlaku di Tumpat, Kelantan.

Dalam kenyataan sama, SIS turut menyertakan berita mengenai seorang gadis berusia 15 tahun yang telah berkahwin dilaporkan hilang oleh suaminya yang berusia 30 tahun.


Media pada 25 Julai lalu melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kerajaan PH bercadang mewujudkan sekatan perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Terdahulu, SIS mendakwa trend perkahwinan bawah umur menunjukkan terdapat kekurangan pada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk melindungi kebajikan bawah umur di Malaysia.

“Sangat menganggu memandangkan dalam era `Malaysia Baharu’, ada keluarga atas desakan ekonomi mengahwinkan anak (bawah umur) mereka supaya dapat kehidupan yang lebih baik,” kata SIS. – MYNEWSHUB.TV

Kategori