Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Bomba Siasat Punca Pasar...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan masih menjalankan siasatan akan...

Siapa Cakap Projek TRX...

KUALA LUMPUR - "Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi"?Itulah...

Putera Maha Vajiralongkorn Akan...

BANGKOK - Pewaris takhta Thailand, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn terkenal menjalani kehidupan ranggi...

16 Jun Bakal Jadi...

KUALA LUMPUR - Episod sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Setem Sambutan Hari Malaysia Di Pasaran Pada 18 Sept

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem bersempena sambutan Hari Malaysia 2018 di pasaran mulai 18 Sept ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah berkata satu lembaran set setem berjumlah 20 keping yang bernilai RM12 itu akan menggunakan dua imej daripada koleksi lukisan Syed Thajudeen yang memaparkan imej wanita bersama Menara KLCC dan dua lelaki berlatarkan bendera Malaysia dan Putrajaya.

“Kedua-dua setem ini apabila digabungkan akan memaparkan imej lengkap berlatar belakang Putrajaya dan bendera Malaysia,” katanya pada sidang media pelancaran setem terbaharu Pos Malaysia bersempena Hari Malaysia 2018 yang disambut pada Ahad ini.

Katanya setem istimewa ini akan dicetak sebanyak 200,000 keping untuk setiap reka bentuk berserta 30,000 keping Sampul Hari Pertama.

Selain setem, Pos Malaysia turut mengeluarkan 25,000 Lembaran Mini (MS) yang memaparkan bendera Malaysia serta perkataan ‘Merdeka’.


“Lebih menarik, MS bernilai RM5 setiap satu itu mempunyai dakwat halimunan (yang boleh dilihat menerusi lampu UV) pada corak bulan sabit, bintang dan peta Malaysia. Imej istimewa ini akan digunakan sebagai cap tarikh khas bagi siri ini,” katanya.

Filateli lain yang turut dilancarkan ialah Sampul Hari Pertama (FDC) berserta brosur percuma yang dijual pada harga RM0.50 setiap satu manakala folder dijual pada harga RM6 setiap satu.

“Folder dengan set lengkap siri ini boleh didapati pada harga RM42.20 setiap satu dan keluaran terhad ini hanya terdapat sebanyak 1,800 keping, dijual di pejabat pos terpilih,” katanya. – BERNAMA

Kategori