• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sengaja Tayang Anu Ke Bang…’

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KALAU tak sengaja, takkanlah sudah empat kali lelaki sama buat macam itu,” kata seorang juruwang yang terkejut dengan tindakan seorang lelaki membiarkan alat sulitnya terkeluar dari zip seluar ketika membuat pembayaran di kaunter kedai serbaneka 24 jam di Bintulu, malam tadi.

Gadis berkenaan yang enggan identiti didedahkan berkata, walaupun kejadian pada 8 malam itu membuatkan dia tergamam seketika, namun dia sempat berfikir segera untuk mendapatkan bukti perlakuan buruk lelaki dipercayai gila seks itu.

“Sebelum ini, dia pernah melakukan perkara sama, tetapi saya hanya melihat sahaja perbuatannya dan tiada bukti untuk ditunjukkan kepada rakan atau pihak berkuasa, tetapi kali ini saya sempat mengambil gambarnya.

“Saya akan membuat laporan polis dan mengemukakan gambar itu sebagai bukti dan berharap tindakan diambil kerana saya bimbangkan keselamatan jika dia dibiarkan,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Mangsa berkata, biasanya lelaki itu masuk ke kedai serbaneka itu dan membeli beberapa barang sebelum membuat pembayaran.

“Ketika di depan kaunter, dia dengan selamba berdiri di depan saya seolah-olah tidak menyedari kemaluannya terkeluar dari seluar.

“Perbuatan lelaki itu bukan sahaja menjijikkan, malah menakutkan kerana bimbang dia akan bertindak lebih berani,” katanya.

Katanya, rakannya pernah terserempak lelaki itu berkeliaran berdekatan kedai serbaneka itu dan marah apabila tingkah lakunya diperhatikan. – MyMetro.com

Tags: kedai serbanekatayang kemaluan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

Cawangan Kedai Serbaneka Disyaki Tidak Memohon Adakan Jualan Murah

28/03/2024
0

KUALA KANGSAR: Sebuah cawangan kedai serbaneka yang baharu dibuka di Kuala Kangsar Prima, di sini berhadapan denda RM2 juta selepas...

7-Eleven Had Waktu Operasi Jam 7 Pagi 11 Malam

22/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka 24 jam, 7 Eleven memaklumkan operasi cawangannya di seluruh negara dihadkan dari jam 7 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd