• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Barangan Kena SST Akan Dikaji, Dipinda Akhir Tahun

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kerajaan akan mengkaji semula senarai barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan pindaan senarai itu akan dibuat hujung tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat berhubung senarai barangan itu dan kajian akan dibuat sama ada barangan itu perlu dikenakan cukai SST atau tidak.

“Senarai penuh sudah dimuat naik tapi kita perlu buat pindaan. Seperti yang saya sebut tadi bahawa kita kena laksanakan (SST) pada 1 Sept. Saya tidak ada pilihan, kalau ada masa kita nak bagi sikit masa kerana kalau kita tak laksanakan pada 1 Sept kita dalam keadaan defisit.

“Selepas kita dapat pandangan daripada orang ramai dan mereka buat permintaan, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan dengar pandangan rakyat kita mesti ambil tindakan sewajarnya. Jadi, kita akan buat lagi pindaan (senarai barangan) saya harap semua boleh bersabar,” katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaksanaan SST bersama Menteri Kewangan, di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat beberapa barangan atau makanan yang sepatutnya tidak dikenakan SST disenaraikan sebagai barangan dikenakan cukai berikutan barangan itu diletakkan dalam satu kelompok yang sama.

“Masalahnya ialah semua jenis makanan import iaitu makanan laut import seperti abalone dan sebagainya harus dikenakan tapi kerana udang dilonggokkan dalam kumpulan sama, itu kita kena buat pindaan.

“Itulah kita buat kajian dan kita berkemungkinan akan keluarkan barangan yang digunakan baik untuk kita orang biasa makan. Kalau abalone mesti kena (cukai), yang lain-lain kita akan kaji dan kita akan lihat adakah kita akan kurangkan atau buat lebih daripada itu,” katanya.

Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan mengakui terdapat kekeliruan berhubung pelaksanaan SST daripada pengguna yang tidak mengetahui sistem percukaian terbaharu itu.

Sebagai contoh, beliau berkata terdapat rungutan daripada pengguna yang makan di premis makanan dan restoran seperti restoran nasi kandar yang mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.

Beliau berkata menerusi pelaksanaan SST, kerajaan telah menaikkan nilai ambang (threshold) sebanyak RM1.5 juta setahun bagi jualan restoran terbabit berbanding RM500,000 yang ditetapkan menerusi GST sebelum ini dan mana-mana restoran yang memperoleh jualan melebihi jumlah itu perlu mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus.

“Di sini saya harap pelanggan boleh faham mengapa ada (restoran) yang tidak perlu kutip (SST) dan ada yang kutip. Jangan salahkan pemilik restoran, mereka hanya jalankan tanggungjawab sebagai seorang warga peniaga yang bertanggungjawab iaitu mematuhi undang-undang.

“Saya juga ingin tegaskan kalau ada ‘service charge’ iaitu fi perkhidmatan itu bukan cukai. Itu ialah fi yang mereka bagi kepada pelayan-pelayan mereka. Dulu GST dikenakan ke atas ‘service charge’ tapi di bawah SST kita tidak kenakan, harap mereka jelas,” katanya.

Dalam pada itu, Lim turut memberi jaminan kepada pembeli kad prabayar bahawa mereka akan menerima jumlah penuh sekiranya mereka tambah nilai kad prabayar telefon bimbit.

“Kami telah keluarkan arahan bahawa kita nak pastikan yang beli kad prabayar RM10 mereka akan dapat RM10. Cukai perkhidmatan enam peratus akan dikredit balik kerana mereka sudah set dalam sistem cukai perkhidmatan.

“Itu masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku tetapi telah berlaku dan kita akan ‘rebate’ balik akhirnya pembeli akan dapat nilai yang sama. Jadi, janganlah terperangkap dengan pihak yang juga menghasut bahawa telah dapat kurang dari RM10. Ini tidak akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd