• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Tahfiz Tidak Berdaftar Di KL Akan Ditutup

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara .

“Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggaran hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

“Kami juga akan mengetatkan syarat kepada sekolah-sekolah berasrama khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PMKS WPKL) di sini, hari ini.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memeriksa status pusat-pusat tahfiz sekiranya berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi itu.

“Selain itu, DBKL turut akan bekerjasama dengan JAWI memantau kesemua pusat tahfiz yang masih beroperasi di sekitar ibu kota.

“Sekiranya didapati tidak berdaftar, kami tidak akan teragak-agak untuk menutupnya,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya tiada kuasa untuk menutup tahfiz haram di Kuala Lumpur kerana ia di bawah kuasa DBKL.

Ia susulan sebuah pusat tahfiz di Kepong yang mana pengetuanya ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati beroperasi secara haram.

Sementara itu, Khalid berkata PMKS WPKL akan bertindak sebagai mekanisme setempat dalam penyelesaian masalah atau pertikaian dalam kalangan penghuni kediaman berstrata jika melibatkan perkara-perkara di luar parameter Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Contoh masalah strata iaitu kejiranan, bunyi bising dan bau, sempadan, perebutan tempat letak kereta, pembuangan sampah akan diuruskan dengan bantuan mediator.

“Seramai 19 mediator komuniti daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengendalikan kes-kes strata yang dibawa ke PMKS,” katanya.

Katanya terdapat 5,859 kawasan pemajuan berstrata yang melibatkan 494,263 petak yang mana sejumlah 1.2 juta warga kota terdiri daripada komuniti berstrata.

“Oleh itu, mereka yang menghadapi masalah boleh merujuk kepada PMKS untuk menyelesaikannya dan sekiranya kes itu tidak dapat diselesaikan barulah dibawa ke pihak polis ataupun mahkamah,” katanya.

Katanya PMKS akan mula beroperasi pada Oktober ini selama tiga hari iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang di Menara PT80 di sini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: DBKLpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK PD: Status Anwar Bekas Banduan Dipersoal

Next Post

Beri Peluang Belia Terlibat Dalam Peringkat Pembuat Keputusan

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post

Beri Peluang Belia Terlibat Dalam Peringkat Pembuat Keputusan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd