Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PAS Berkecuali Dalam Isu...

KUALA LUMPUR - PAS mengambil sikap berkecuali dalam kemelut jawatan Menteri Besar yang...

Tukar Wajah Guna FaceApp...

KUALA LUMPUR - Penggunaan aplikasi menukar wajah, FaceApp disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan...

Kisah Makcik Goreng Pisang…Zakat...

KIRA-kira dua tahun lalu aku pernah menulis mengenai kepayahan sepasang suami isteri tua...

Polis Tahan 7 Suspek,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dan...

Beri Peluang Belia Terlibat Dalam Peringkat Pembuat Keputusan

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu lebih banyak peluang diberikan kepada belia berusia 35 tahun ke bawah untuk dilantik ke peringkat pembuat keputusan sama ada di agensi kerajaan, swasta mahupun komuniti.

Beliau berkata cara itu akan dapat memastikan suara mereka didengari di samping melonjakkan potensi mereka dalam menghasilkan idea-idea unik untuk membangunkan organisasi.

“Tan Sri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia) telah memulakan dahulu dengan melantik Neelofa (selebriti) sebagai wakil belia dalam lembaga pengarah syarikat itu dan beliau (Tony) berkata langkah itu sangat berjaya dan mungkin akan diperluaskan lagi,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Muda, di sini hari ini.

Katanya bagi mengetahui gambaran menyeluruh kedudukan belia di negara ini termasuk pada peringkat pembuat keputusan beliau telah meminta Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia menyediakan indeks belia negara ​​​​​​​yang dijangka siap menjelang Januari tahun depan.

“Apabila kita sudah tahu kelompongan yang ada, barulah kita boleh bantu contohnya syarikat yang hendak melantik anak muda atau ada keraguan, saya akan berikan keyakinan kepada mereka bahawa belia boleh dilantik berdasarkan merit,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof yang turut serta dalam sidang media tersebut, berkata penglibatan belia dalam pembangunan negara sangat penting dan kerajaan akan menjadi pemudah cara bagi meningkatkan penyertaan mereka.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak boleh membentuk dasar untuk memaksa syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan melantik belia ke dalam lembaga pengarah mereka.


“Jadi kita akan terus memberi sokongan kepada segala aktiviti melibatkan usahawan muda supaya mereka dapat menonjolkan diri mereka,” katanya.

Mengenai sesi dialog tersebut, Syed Saddiq berkata ia bertujuan merasionalisasi dan memperhalusi program keusahawan belia sedia ada serta mendapatkan cadangan baharu dalam memenuhi komitmen Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan – Iltizam untuk Anak Muda yang merangkumi Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata kementeriannya bersama-sama Kementerian Pembangunan Usahawan akan mengambil maklum sebarang cadangan dan maklum balas yang diterima bagi memperkasa pembangunan usahawan negara. – BERNAMA

Kategori