• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Wartakan Taman Negara Yang Terbesar Di Malaysia

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMATAN – Sarawak mewartakan Luconia Shoals sebagai taman negara marin yang terletak di pentas Sunda di Zon Ekonomi Eklusif (EEZ) yang menjadikannya sebagai taman negara terbesar di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan tersebut kaya dengan khazanah laut yang mempunyai banyak terumbu karang.

“Taman negara marin ini mengandungi Gugusan Beting Patinggi Ali (South Lucania Shoals) berada pada jarak 163 hingga 180 kilometer (km) manakala ‘North Lucania Shoals’ pula terletak 187 hingga 254 km dari perairan Sarawak.

“Kerajaan negeri akan mewujudkan lebih banyak taman negara bagi melindungi alam semula jadi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sistem Solar Berpusat Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Taman Negara Talang Satang, Pulau Talang-talang Besar sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom; Menteri Muda Elektrik Pedalaman, Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi SFC, Datuk Len Talif Salleh.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu; Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton; Ketua Pegawai Pengurusan SEB, Lu Yew Hung; Naib Presiden SEB Perkhidmatan Korporat, Aisah Eden dan Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan, Dr. Chen Shiun.

Projek solar itu bernilai RM1.5 juta merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEB dimulakan pada 2017 membekalkan 21 kilowatpeak (kWp) Taman Negara Tanjung Datu, Pulau Talang-talang Besar (10.7 kWp) dan Talang-talang Kechil (7kWp).

Penggunaan tenaga hijau itu mengantikan penggunaan generator diesel yang agak bising sedikit sebanyak mengganggu penyu mendarat untuk bertelur. – UTUSAN ONLINE

Tags: sarawakTaman Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Geran Percuma Usahawan Mungkin Dikurangkan Dalam Bajet 2019

Next Post

357 Pekerja Kilang Bekal Senjata, Bahan Letupan Tuntut Gaji

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

357 Pekerja Kilang Bekal Senjata, Bahan Letupan Tuntut Gaji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd