• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sang Bedal Gemparkan Pengunjung Pantai

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kemunculan seekor buaya besar yang berjemur di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram, di sini petang kelmarin mencetuskan gempar dalam kalangan pengunjung lokasi perkelahan popular itu.

Malah, ada di antara mereka berlari ke kawasan selamat sejurus menyedari kehadiran reptilia ganas itu yang panjangnya mencecah empat hingga lima meter dan beratnya dianggarkan 200 kilogram.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, objek berkenaan pada mulanya disangka batang kayu balak tetapi dipastikan buaya spesis air masin apabila ia mula bergerak selepas terkena ombak.

Pengunjung, Senry John, 23, berkata beliau bersama keluarganya baru saja tiba di pantai berkenaan untuk berkelah sempena cuti umum dan cuti hujung minggu.

Katanya, ketika kejadian, mereka sedang mengemaskan barangan sebelum terkejut mendengar jeritan anak saudaranya sambil berlari dalam keadaan ketakutan.

“Dia menjerit sambil memberitahu ada biawak besar. Saya tidak sedap hati dan bergegas memeriksa keadaan sekitar sebelum menemui buaya berkenaan terdampar.

“Ingatkan tunggul kayu kerana ia langsung tidak bergerak. Bagaimanapun, apabila dihampiri, barulah saya sedar ia adalah seekor buaya” katanya.

Katanya, pada mulanya reptilia itu tidak begitu agresif, malah beliau empat merakam gambarnya.

“Bagaimanapun, semakin lama ia menjadi agresif, lebih-lebih lagi melihat kehadiran orang ramai di sekelilingnya.

“Ia seolah-olah cuba mempertahankan kawasannya, lalu terus masuk ke laut,” katanya sambil menambah itu adalah kali pertama kemunculan buaya di pantai berkenaan. – BH ONLINE

Tags: Buayapantai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd