• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Mampu Catat Pertumbuhan Pesat – Dr Mahathir

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah berkeupayaan untuk membangun lebih pesat lagi selepas mencatatkan banyak kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya beliau kagum dengan landskap Sabah selepas tiba di ibu negeri ini semalam untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia malam tadi dan percaya negeri ini mempunyai potensi tinggi untuk menjadi negeri maju.

“Saya sudah lama tidak berkunjung ke Sabah… bandarnya kini agak bersih.

“Saya fikir apa yang patut dilakukan (untuk membangunkan lagi Sabah) adalah untuk mengenal pasti aset-aset Sabah, yang boleh dieksploitasi. Anda mempunyai tanah, gunung, laut dan pantai dan suhu rendah, yang mungkin sesuai untuk menanam sayur-sayuran,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta menteri Kabinet persekutuan dan negeri.

Dr Mahathir turut menzahirkan kebimbangan dengan kos sara hidup tinggi yang ditanggung rakyat Sabah akibat rasuah dalam pentadbiran terdahulu, tetapi tidak menafikan terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada kos tinggi seperti pelaksanaan dasar kabotaj.

Beliau turut mengesyorkan Sabah mewujudkan industri automotif bagi membolehkan pengeluar kereta memasang produk mereka di negeri itu.

“Industri boleh datang ke sini kerana di masa depan, Sabah bakal menjadi pengeluar petrokimia berikutan pengeluaran dasar laut akan bermula dalam waktu terdekat,” katanya.

Ditanya pemberita berapa cepat kerajaan Persekutuan akan mengambil masa untuk membuat keputusan dalam menaikkan royalti minyak dan gas Sabah daripada 5 peratus kepada 20 peratus, Dr Mahathir berkata wujud keperluan untuk mengekalkan kemantapan Petroliam Nasional Bhd’s (Petronas) terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membayar royalti 20 peratus kepada Sabah.

“Kami tidak mahu membunuh Petronas. Petronas ialah syarikat yang unik kerana ia bukan sahaja satu-satunya syarikat minyak negara yang melakukan cari gali, pembangunan, pengeluaran dan petrokimia, dan pihak dari seluruh dunia meminta Petronas bekerja di negara mereka.

“Jadi, (jika) kita kurangkan tugas Petronas kepada hanya mengutip royalti, dengan itu, kita akan kehilangan banyak benda (peluang),” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata kerajaan Persekutuan turut berpendapat perlu dikaji semula kadar royalti 5 peratus pada ketika ini yang diberikan kepada Sabah.

Berhubung jaminan kerajaan untuk memberikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berkata perbincangan berhubung perkara itu akan dilakukan secepat mungkin, bagaimanapun, kelulusannya mungkin akan mengambil masa.

Pada sambutan Hari Malaysia di sini, malam tadi, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan melalui Malaysia Baharu akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa negara terbentuk 55 tahun lalu.

Katanya, status Sabah dan Sarawak, yang berubah daripada rakan sekutu kepada negeri-negeri dalam Malaysia, yang akan dikembalikan itu adalah sebahagian daripada proses dilaksana setelah kajian MA63 disiapkan. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Emas Pertama Acara Terjun Milik Penerjun Sabah

Next Post

2 Suspek Bunuh Kucing Disambung Reman, Seorang Lagi Masih Diburu

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

2 Suspek Bunuh Kucing Disambung Reman, Seorang Lagi Masih Diburu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd