• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Antiberita Tidak Benar Bukan Usul Pertama Ditolak

oleh
13/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 bukan usul pertama yang ditolak dalam sejarah persidangan Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran berkata penolakan terhadap sesuatu RUU pernah terjadi sebelum ini melibatkan RUU Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004.

“RUU Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 telah dihantar semula ke Dewan Rakyat untuk dimaklumkan dan kemudiannya RUU itu diluluskan.

“Kalau Dewan Negara ingin menolak RUU tersebut, ia dibolehkan untuk menolaknya tetapi RUU akan kembali ke Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Persidangan Dewan Negara hari ini menolak RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Perkara itu diumumkan Vigneswaran selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.

RUU yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos setelah bacaan kali ketiga. – BERNAMA

Tags: antiberita tidak benar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perbahasan RUU Antiberita Tidak Benar Kecoh

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sesi petang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang ketika perbahasan...

Rakyat Perlu Sokong RUU Antiberita Tidak Benar

30/03/2018
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd