Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Tiada Tindakan Tidak Daftar...

KUALA LUMPUR - Peniaga yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan Cukai Jualan dan...

Pegawai Polis Antara Ditahan...

IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor antara dua lelaki ditahan di sebuah...

Bacaan IPU Di Keningau...

KOTA KINABALU - Kualiti udara di Keningau, yang terletak kira-kira 131 kilometer dari...

Sejak Bila SPRM Mengesahkan...

KUALA LUMPUR - Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk...

Roy Ricardo Dakwa Lagu Semalem Bobo Di Mana Diciplak

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Roy Ricardo, 29, mendakwa karya hitnya, Semalem Bobo Di Mana yang dihasilkan pada 2014 telah diciplak oleh trio, Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna yang menyanyikan lagu Bobo Di Mana.

Menurut jejaka yang berasal dari Medan, Indonesia yang bernaung di bawah label Warner Music itu, Bobo Di Mana telah ‘mencuri’ 30 saat melodi lagu asal nyanyiannya secara sia-sia.

“Sila kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan. Kepada Lucinta Luna yang telah memakai jargon, tagline dan melodi saya, ingin dinyatakan bahawa lagu ini adalah milik saya.

“Tolong minta izin saya dahulu sebelum kamu mahu menggunakannya,” tegas Roy yang kini menetap di Jakarta.

Roy berkata demikian menerusi rakaman video berdurasi kira-kira lima minit yang dimuat naik di laman Youtube bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

Menurut Roy, klip video itu dibuat setelah mendapat tahu peminatnya keliru mengenai status pemilikan kedua-dua karya tersebut.


Pada masa yang sama, penyanyi rap itu menerangkan kedudukan lagu nyanyian Andi Bernadee berjudul Semalam Sahur Di Mana yang telah mendapat keizinan daripadanya untuk dinyanyikan semula oleh pemuda kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.

Bagi Roy, menggunakan lagunya tidak menjadi masalah besar baginya kerana bukan soal wang atau royalti yang dipertikaikan.

“Saya bersyukur kerana telah diberikan wang yang banyak, cuma yang saya mahukan adalah mereka meminta izin daripada saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, di ruangan komen, peminat-peminat Roy menyokong agar tindakan serius diambil ke atas pemilik lagu Bobo Di Mana. – UTUSAN ONLINE

Kategori