• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Kedai Dobi: 2 Sahabat Didakwa

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua sahabat hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merompak secara berkumpulan bersenjatakan parang di tiga lokasi pada 10 dan 11 September lepas.

Tertuduh pertama, Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan itu, tetapi tertuduh kedua Muhammad Asmuhairyl Abas, 19, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Priscilla Hemamalini menetapkan 11 Oktober depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Zulfikar Nazriq dan sebutan semula kes serta proses penyerahan dokumen berkaitan terhadap Muhammad Asmuhairyl.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka berdua bersama seorang lagi yang masih bebas pada 10 September, kira-kira pukul 7.15 pagi di hadapan sebuah pasar raya di sini telah merompak sebuah telefon bimbit jenis i-Phone 6 Plus milik seorang wanita .

Bagi pertuduhan kedua, pada kesokan hari, pada pukul 7 pagi, mereka berdua bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan bertempat di sebuah kedai dobi layan diri di Puteri Jaya di sini terhadap seorang wanita iaitu dengan merompak seutas gelang emas, dua bentuk cincin emas, seutas rantai emas leher, kunci kereta, kad pengenalan, kad ATM, kad kredit dan pengecas bateri mudah alih.

Pertuduhan ketiga pula, kira-kira 15 minit seklepas itu mereka didakwa melakukan rompakan bersenjatakan parang itu di sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Sayang di sini dengan merompak wang tunai milik kedai berkenaan sebanyak RM1,500, dua telefon bimbit dan pengecas telefon mudah alih milik seorang lelaki.

Kesemua pertuduhan ke atas kedua-dua mereka adalah mengikut Seksyen 35 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh manakala tertuduh kedua diwakili peguam. G. Shanmugam.

Tertuduh pertama bagaimanapun tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Kedai DobiRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd