• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Adik Kandung, Lelaki Dihukum Penjara Dan 3 Sebatan

oleh
19/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mahkamah Majistret Samarahan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 12 tahun serta tiga sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol adik kandungnya di sebuah rumah tidak beralamat di Kampung Sungai Barie, Serian pada 7 September lepas.

Majistret Afidah Abdul Rahman mengarahkan hukuman dijalankan serentak, bermula tarikh ditangkap iaitu 19 September lalu bagi dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan gangguan seksual dengan meraba dan mencium mangsa yang juga merupakan adiknya dalam kejadian pukul 1 pagi pada 7 September lalu.

Pada pertuduhan kedua, tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram ke atas adiknya pada waktu dan hari yang sama.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan, tertuduh telah mengajak adiknya yang berusia 14 tahun itu (mangsa) ke ruang tamu untuk menonton televisyen dan ketika mangsa tertidur, tertuduh telah bertindak merogolnya.

Mangsa cuba melawan daripada dirogol namun telah diugut akan dicederakan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najihah Tengku Zahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd