• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.065 Bilion Untuk Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2.065 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur luar bandar tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM781.75 juta diperuntukkan untuk pembinaan jalan, RM420.24 juta (bekalan air) dan RM672.12 juta pula untuk bekalan elektrik.

“Hingga kini, perbelanjaan yang telah digunakan untuk projek jalan adalah sebanyak RM315.34 juta, bekalan air RM225.95 juta dan bekalan elektrik berjumlah RM377.34 juta.

“Kementerian turut menyediakan bekalan elektrik alternatif seperti mini hidro dan solar bagi menggantikan genset di kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi bagi membolehkan penduduk mendapat bekalan elektrik 24 jam,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rabiyah Ali berhubung perkara itu.

Katanya selain itu, kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi meluaskan capaian internet di kawasan luar bandar secara berperingkat.

“Buat masa ini sebanyak 250 Pusat Transfomasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) disediakan bagi membolehkan penduduk mengakses internet,” katanya. – BERNAMA

Tags: luar bandarPembangunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam”  – Maszlee

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam” – Maszlee

08/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa Simpang Renggam hanya mendapat perhatian di peringkat nasional selepas...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd